Ni lah sambungan cerita dari Kisah Aku ( Bahagian I & II )
kali ni, aku nak bercerita tentang kawan-kawan ku di PSAS.
aku rasa bertuah kerana dapat rakan sekelas yang baik,merendah diri, kuat berjenaka dan ada sikap mahu belajar! kami sekelas sentiasa bersama mengharungi suka duka ketika berada di PSAS.
pada hari pertama aku memasuki kelas, aku tidak kenal sesiapa pun. padahal rakan sekelas aku yang lain semua sudah mengenali antara satu sama lain semasa minggu suai kenal.
dalam hati kecil ku berkata! TA PERLU TAKUT!! dan terus aku berkenalan dengan Noor Azizah (Jijah) dan sehingga kini menjadi sahabatku yang duduk bersebelahan. hehe. kita orang boleh dikatakan mempunyai Chemistry! hehe. yang paling penting! kuat gelak!!kalau kita orang gelak. satu kelas boleh terkejut beruk!
yang tudung putih tu Jijah =)
ingat lagi pada satu hari ini, kitaorang tengah bosan, rakan sekelas kebanyakan nya da terlelap sebab masa tu adalah matapelajaran OSHA! serius ngantok! lecturer aku lak baik giler & sporting!
pastu kitaorang buat dajal! kacau kekawan yang tengah mengelamun! haha. memang giler! pastu aku & Jijah terkuat gelak gila-gila! kuat sangat dan mengejutkan kekawan yang lain yang sedang lena! haha. memang kelakar masa tu.
ni la rakan sekelas ku. sweet oren kan! hehe.
yang paling kami sekelas bersyukur sehingga sekarang adalah kami sekelas setakat ni semuanya lepas final exam dan tiada yang carry module! alhamdulillah. kami ta ramai mana pun, cuma 28 orang sahaja dan cita-cita kami ingin menjadi JURUKUR BAHAN, bukan main-main.
apapun, aku memang sayang korang sangat2
yang tengah-2 tu ialah pensyarah kami merangkap penasihat akademik kami sekelas
En. Fitri memang seorang yang baik hati!apa yang kami adakan, dia akan join dan amat membantu kami sekelas tatkala susah ataupun senang. dia selalu beri kami nasihat, dah macam abang dan adik! hehe
makcik yang kiut miut ni adalah sahabat baikku! aku memang rapat dengan dia sejak kami tinggal bersama di rumah sewa dan kami sebilik. dia amat memahami aku. sentiasa ceria & merendah diri.dia memang terbaik dan sentiasa tabah setiap kali ditimpa masalah . Luv u Nisah <3
yang dua gambar kat atas tu adalah sahabat yang paling rapat dengan aku. Nisa, Ain & Bella. semuanya orang Perak. ade Taiping,Ipoh & Bagan Serai. dia orang ni semua pandai bergambar! cantik & ayu serta manis! diaorang memang baik. kitaorang jarang balik kampung time cuti. macam2 kiteorang wat! kitaorag selalu masak! pastu tengok tb bersama! haha. dia orang semua selalu ketawa sebab aku ni jenis emo kalau tengok movie tapi story & ending cerita tu tak best! haha
ni la cerita aku sepanjang berada di PSAS! memang best :)





No comments:
Post a Comment