Thursday, 2 August 2012

Kisah Aku ( Bahagian II )

ok. ini adalah sambungan cerita aku dari Kisah Aku ( Bahagian I )..
setelah aku berpindah dari Politeknik Kota Bharu, aku pun mendaftarkan diri ke Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)..
perasaan aku diwaktu itu diselebungi dengan perasaan gembira, takut serta gementar..
aku tatkala itu perbanyakan berdoa kepada Allah s.w.t supaya permudahankan pembelajaran serta persahabatan aku di Politeknik Sultan Azlan Shah ini.
disebabkan Melaka ke Tanjung Malim, Perak tidak berapa jauh. maka kami sekeluarga pergi ke PSAS pada tarikh pendaftaran. tapi aku bertuah kerana terdapat saudara mara keluargaku tinggal disana. jadi, tiada masalah jika aku pergi ke rumah mereka jika memerlukan.
kemudian kami sekelurga pon bertolak ke Tanjung Malim dan sampai dalam lebih kurang pukul 9 pagi..

inilah PSAS. aku seronok sangat sebab tempatnya amat mendamaikan kerana berada di atas bukit! 
fuhh!~ memang penat nak mendaki. kemudian aku pun terus mendaftarkan diri sebagai pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam yang mengambil jurusan Diploma Ukur Bahan. alangkah seronoknya ialah aku tidak perlu menjalani minggu orentasi kerana aku pernah menjalani di PKB dulu.. 
setelah aku mendaftar diri, aku pun pergi ke asrama untuk mendaftar masuk. pada masa itu, fikiran aku hanya berkata bahawa aku akan diletakkan di tingkat paling atas kerana pelajar yang menjalani minggu orentasi telah seminggu mendaftar masuk!

huh~ ternyata andaianku adalah salah belaka kerana aku mendapat bilik di bahagian bawah sekali! hihi.
blog asrama aku adalah V1-014.. hihi.kemudian kami pun terus pergi mencari bilik tersebut..
psst : hihi. maaf lah sebab gambar ni diambil setelah semua barang-barang dikemaskan

inilah bilik aku. masa aku masuk ke dalam bilik. bilik ini tiada orang tetapi hanya ada barang-barang yang belum dikemaskan. kemudian, keluargaku terus membantuku mengemaskan barang sikit-sikit. kemudian tidak lama kemudian, pintu bilikku diketuk. agaknya siapakah gerangan  teman sebilikku?


 inilah orangnya. tapi yang mana satu? ok, yang berbaju pink,bertudung hitam itu lah teman sebilikku. nama dia kak Yun. hihi. dia kira senior aku sebab dia berada di semester 5 Diploma Akauntansi masa tu! hehe. bagi aku, aku beruntung serta bersyukur kerana sebilik dengan dia. Dia baik hati,cantik,pemurah,penyayang dan merendah diri! memang terbaik! dia juga kakak angkat aku sampai sekarang..
dia memang ambil berat tentang aku. setiap kali jika ada aktiviti asrama dia mesti pergi dengan aku.
tak pernah tinggalkan aku. selalunya kalau kita orang tak balik kampung, kami selalu pergi pasar malam di Tanjung Malim bersama-sama dengan kak seha, kak yana dan kak chi. macam-macam kita orang beli. hihi. macam orang tak cukup makan. haha. lepas tu kita orang longgokkan makanan & makan bersama. memang riuh dibuatnya~ (rindu lak masa itu!)
lepas je makan, macam-macam kita orang buat seperti bergosip la,tengok movie dan macam-2 lagi
kak yun dan kakak2 yang lain memang sporting, dia selalu bagi aku advice supaya jangan jadi lemah. hehe. sejak aku masuk PSAS, aku tak pernah menangis, jarang balik Melaka. memang seronok. kat blok aku ni semuanya akak2 senior, aku seorang je junior sebab aku masuk lewat. kat situ semua gelar aku sebagai 'Adik'! hihi. pastu macam2 best sebab selalunya kiteorang kat blok ni tak payah nak join aktiviti. Just jaga budak junior je. hehe~

itu lah cerita aku ketika di asrama. nantikan sambungannya.. hihi



1 comment:

  1. Sis..sama la..sye dpt bilik v1-015 kursus kita pun dub

    ReplyDelete