Tuesday, 25 September 2012

Perpisahan...

perpisahan..
siapa yang menginginkan??
 tiada siapa yang ingin,
tetapi!
kalau ia bkan dijodohkan untuk kita,
kita perlu menerima dengan hati terbuka..
sememangnya ia PERIT !
aku pernah merasa ini semua,.
sungguh susah hendak terima hakikat,.
putus atas sesuatu yg tidak logik !
hurm.. ta pe la, biar ia menjadi rahsia aku..
 
disini nak berkongsi tip untuk melupakan si dia,.
hope ia dapat membantu korang semua yer :)
 
 
1. Lupakan je dia
sememangnya ia memang susah, tapi kita mencuba,. tak payah ingat si dia, janji2 si dia dan banyak lagi.. buang je  dia dalam hidup korang. kalau boleh, elakkan untuk berkawan dengan rapat. ini kerana, tipulah kalau kita sudah tiada hati dengannya pada awal perpisahan. pasti kita masih sayangnya..
 
2. Tak payah hubungi dia
lupakan si dia terus, tak payah kita nak call atau sms dia, kalau tidak, dia akan menganggap kita lemah dan tidak boleh terima hakikat. jangan tunjukkan kita ni lemah.
 
3. Kuat
kita harus kuat menerima keadaan ini semua. kita jangan terlampau bersedih atas perpisahan ini. jika si dia berada di hadapan kita, kita tunjuk seolah2 tiada apa yang berlaku serta kita sudah boleh melupakan si dia. Chill :)
 
4. Tak payah ambil tahu ttg dia
ok. perkara ini sering berlaku. kita tak payah sibuk bertanya kepada rakan2 atau teman2 si dia mengenai si dia, perkembangan si dia dan macam2 lagi. nanti nampak sangat yang kita masih berminat pada si dia. kalau boleh kurangkan berjumpa atau bercakap dengan mereka.
 
5. Jangan simpan barang2 kepunyaan si dia
jika bercinta, pelbagai barang diberi oleh si dia atau beli bersama. antaranya, baju, jam, rantai dan banyak lagi. maka, korang ta payah pakai barang pemberian si dia lagi. kalau boleh, pulangkan semula kepada si dia. jika tidak, ia akan mengingatkan semula kita kepada si dia.

6. Bahagiakan diri
tidak payah kita terlampau bersedih atas perpisahan. ia mungkin bukan jodoh kita. jadi, kita perlu positif, kalau boleh pergi beriadah. sekurang-kurangnya tubuh kita sihat dan akal kita cerdas. selain itu, kita boleh pergi berjalan-jalan bersama keluarga kita. maka, kita boleh melupakan si dia.
 
 



No comments:

Post a Comment