seperti yang dikatakan oleh mutiara kata itu, memang benar. kalau ada peluang didepan mata, jangan kita toleh ke belakang. kita sambar je, ia mungkin akan mengubah hidup atau masa depan kita...
itu yang terjadi pada diriku. pada tahun 2010, aku dapat tawaran belajar. Antaranya ialah interior design dari UITM.. tapi keluarga tidak bersetuju aku mengambil jurusan tersebut. aku ikut nasihat ibu dan ayah.
kemudian, aku mendapat tawaran belajar ke Politeknik Kota Bharu, Kelantan(PKB).
Aduhai.. Jauhnye.. tapi ibu dan ayah setuju jika aku mengambil jurusan itu iaitu Diploma Ukur Bahan.
lagipun aku ada pengetahuan dan kemahiran kerana semasa di sekolah menengah aku mengambil aliran Lukisan Kejuruteraan
Aku pun tidak berapa kisah tapi aku jauhnya. 3 tahun pula. aku pun mengambil keputusan untuk pergi.
Jadi keluarga aku pon menghantar aku ke sana. selama 4 hari kami disana dan tidur di hotel berdekatan dengan Kota Bharu.. ibu aku mengajar aku cara-cara nak hidup disana.
ibu aku ajar cara aku hendak balik naik bas,nak beli barang dan macam-macam lagi..
sedih hati aku kerana akan berjauhan dengan keluarga aku
sempat juga kami sekeluarga berjalan-jalan tapi aku lansung tidak ceria. sedih kerana akan berpisah dengan mereka, aku sebelum ini lansung tidak pernah berpisah dengan mereka..
Kemudian, hari pendaftaran ke PKB pun bermula.
mereka menghantar aku dengan gembira. Tapi perasaan aku mahu menangis..
selepas mendaftar diri, kami pun pergi check in kat dalam asrama. semasa masuk sahaja ke dalam bilik, sudah ada orang di dalam bilik tersebut. kami sekeluarga pun berkenalan dengan keluarga rakan sebilik aku. dalam sebuah bilik hanya terdapat 2 orang pelajar sahaja. setelah itu, keluarga aku pun mahu pulang ke Melaka semula. menangis aku. iyelah, aku seorang disini, tanpa ada saudara mara..
hari-hari aku di PKB dirundang kesedihan. Setiap malam aku menangis, mana tidaknya. teman sebilik aku menangis mahu pulang.. aku cuba pujuk,tak pasal-pasal dengan aku pun menangis. HUH! .
selama aku belajar disana, hampir setiap minggu aku pulang ke Melaka melainkan jika ada aktiviti yang tidak membenarkan ku pulang.. bayangkan, jarak antara PKB ke Kota Bharu adalah 24 KM. memang jauh. aku selalu naik teksi untuk ke stesen bas. harga tambang adalah sebanyak RM30.00 .
memang mahal tapi aku sanggup untuk bertemu keluarga tercinta.
setelah sampai ke stesen bas Transnasional, aku pun membeli tiket ke Melaka . harga tambang RM58.00 . memang mahal dan bas bertolak pada pukul 8malam.. terpaksa aku menunggu disana.
Kemudian waktunya tiba, aku pun naik. aku berada dalam bas selama 12jam kerana, bas bertolak dari Kelantan pukul 8 malam dan sampai ke Melaka pukul 8 pagi. memang lama..
itu lah yang aku ulang setiap minggu selama 3bulan. duit bukan halangan, yang penting bertemu dengan keluarga tercinta..
sehinggalah satu hari itu,aku menyatakan hasrat untuk pindah poli.. keluarga aku mulanya tidak setuju kerana setahu mereka, jurusan yang aku ambil ini hanya ada di Sabah dan Kedah sahaja. tapi aku tetap dengan keputusan..
keluarga aku musykil dengan tindakan aku. Mereka pun selidik. memang ade sesuatu yang aku rahsia kan dari pengetahuan mereka.. aku memang tidak gembira disana kerana mempunyai krisis dengan rakan sebilik serta sikap sesetengah student dari kelantan yang bersikap perkauman..
Kemudian, apabila keluarga aku dan aku datang untuk mengambil pakaian dan barang2 serta menukarkan ku poli, alangkah terkejutnya mereka melihat keadaan bilik aku yang bersepah. serupa macam sarang tikus. dinding berconteng. pakaian aku bersepah. almari ku diselongkar dan banyak lagi.
ibu aku membuat aduan kepada warden asrama tentang keadaan bilikku. warden pun pergi wat tinjauan. dian pun terkejut. dia tidak mahu aku pindah poli kerana takut kami perbesarkan hal ini lagipun final exam akan berlansung dalam masa 3minggu lagi. tetapi aku sudah tidak tahan.. kemudian kami ke unit hal ehwal pelajar dan menyatakan hasrat untuk berpindah.. penasihat akademik aku terperanjat kerana dia tahu aku adalah pelajar yang baik. kemudian kami pun menceritakan hal sebenar berserta bukti.
Akhirnya, dia bersetuju dan membenarkan ku tukar poli.. Apabila ditanya aku mahu pindah poli mana, aku tidak tahu. kemudian Ketua Hal Ehwal Pelajar iaitu En. Azmi menyatakan jurusan aku terdapat di Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak( PSAS). alangkah gembira nya aku serta keluarga ku. dan aku pun bersetuju tetapi aku terpaksa mengulang semester 1 aku disana kerana jurusan diploma ukur bahan masih baru lagi disana. tidak mengapa lah, yang penting aku belajar.. aku pon bersetuju..
En. Azmi kesal dengan apa yang berlaku terhadapku dan meminta maaf kepada ibuku dan berharap tidak memperbesarkan hal ini. dan dia berkata akan mendenda rakan sebilik ku serta rakan-rakannya..
jadi, aku dan keluarga pun meninggalkan PKB. kemudian aku akan mendaftar di PSAS pada bulan Disember 2010. Harapan aku masa itu agar aku mendapat rakan-rakan serta teman sebilik yang baik.
(tunggu sambungan cerita ini...)





































