Monday, 22 October 2012

Hari Raya Aidiladha = Hari Raya Korban

fuhh..
lama jugak aku tak update blog ni
macam berhabuk jugak la

oppss..
sebelum tu,
Assalamualaikum
selamat sejahtera kepada kawan2 ku sekalian
hmm.. cepat sungguh masa berlalu
sungguh ku tak sangka, sungguh ku tidak duga
sesungguhnya, ini semua ingin mengingatkan bahawa dunia sudah hampir zaman
walwahualam
tapi memang ku akui

sebenarnya, itu bukan entri aku kali ini, sebenarnya dalam 2 atau 3 hari lagi umat islam akan menyambut
Hari Raya Aidiladha atau lebih official Hari Raya Haji
alhamdulillah, rasa bersyukur sangat

akan tetapi, kita jangan lah hanya tahu menyambut tetapi tidak tahu akan makna sebenar perayaan tersebut
disini nak berkongsi sedikit maklumat mengenai Hari Raya Korban ini

Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah


Tuesday, 16 October 2012

Tamat LI

alhamdulillah.
Oktober 2012

kenapa dgn entri aku kali ini?
suspens jap ~
 tiada apa pon, just na happy2
ntah la tp tak rasa happy sgt

BUT WHY??

actually aku dah nak habis li
tggl 6 minggu je lagi aku praktikal di sini.
serius kejap je rasa
cepat masa berlalu
tapi itu bukan perkara utama yg menyebabkan aku tidak happy sgt2
akan tetapi perkara yg menyedihkan la ialah aku dah tidak lama di Melaka.
My Hometown

maknanya aku bermula bulan Disember ini aku akan mula berjauhan dengan keluarga ku
sedihnya.. kejap je rasa
mana tak nya, bila dengan famli,akan terasa diri dimanjakan lebih

yelah, tempat aku menimba ilmu adalah di Perak,
Perak ---> Melaka
kan jauh tu!

*jauh la sangat. every weekend boleh balik
but no! because aku da final year masa tu di Perak
so, aku nak tumpukan sepenuhnya diriku untuk sesi pembelajaran
aku nak dapatkan pointer yang lebih cemerlang!
that my vision~

so,aku tak boleh lah nak ikut serta layan perasaan ni
kenalah kuat. tak boleh main-II

*ni satu hal lagi. bila da na tamat li,mcm2 la kena fikir
1.report li
2.slide li
3.urusan surat menyurat (berapalah markah yang aku peroleh dari penyelia aku ni yer)
semua ni menakutkan aku

#sabar farhana,. sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa ada menemani diri kita ini.
kita perlulah mengingati Nya
bukan time susah baru hendak ingat
*pesan untuk diriku

Thursday, 27 September 2012

Verangan la budak ni!

hahaha.. assalamualaikum. eh2 ape kena dengan tajok entry aku yang terbaru ni? pelik la
yer.. aku ni peliks la kenapa aku suka verangan! nak katakan aku sudah bertemu dengan si jantung hati ta da pon! tapi entah la. tapi best jugak kalau berangan, asalkan tidak mengarut sudah. hakhakhak
tp ape yang aku verangan kan sangat??
perh.. si enrique iglesias ni.. kalau la aku dapat bf macam dia ni!
PANNNGGG!! ceit!perasaan lebih. hahaha.
yer. ni la yang aku verangan kan sangat
TAPI!!
hakikatnya, aku tak kesah pun siapalah bakal suami ku.
aku terima seadanya
sekurang-kurangnya aku menginginkan seorang lelaki yang boleh :
1. membimbing ku
2. menegur kesalahan ku
3. menerima kekurangan ku seadanya
4. susah senang bersama
5. boleh menjadi imam kepada ku serta bakal anak2 kami
6. boleh menjadi ayah yang baik kepada anak2 ku
7. yang boleh membantu aku dalam urusan memasak, membasuh, n macam2 lagi
(janganlah lepaskan semua tugas2 ni kepada kami, kesian kami. hahaha)

ceih.. ape yang aku list ini bukan bermaksud yang aku nak cari yang perfect.
in fact, tak ada manusia yang sempurna tapi tak salah merancang, hanya Allah s.w.t yang menentukan
Mudah-mudahan. Amin

Seorang Juruukur bahan :)

Bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah,hari ini aku nak cerita mengenai juruukur bahan
tapi kenapa Farhana?? dah tak ada tajok lain ke? 
mf kawan2, bukan tak ada tajok lain tapi ramai orang diluar tertanya2 aku,

Dialog perbualan antara aku dengan seorang mak cik :)
mak cik : kau belajar kat mana sekarang, nak?
aku : saya belajar kat perak, mak cik ******
mak cik : owh, jauhnyer.. nape tak blajar kat Melaka je? kan dekat
aku : masalahnya mak cik, kos saya ambil ni tiada di melaka
mak cik : kau belajar tentang ape, nak? yang sampai tak ada di Melaka ni..
aku : saya amik ukur bahan 
mak cik : ???? hah?? ape tu?? nanti kau nak kerja kat kilang yang buat makanan segera ke nak??
              dasyat kilang sekarang, nak pakai pekerja yang ada kelulusan, padahal kerja cuma ukur bahan2 
              yang diletak dalam makanan. hai... pelik aku
aku : hah?? bukan la mak cik, ukur bahan ni kerja bidang pembinaan. lebih kurang arkitek la mak cik. dulu 
        sekarang ini amat ramai pelajar mengambil jurusan ini kerana mereka tahu banyak peluang cerah
mak cik : owh, macam tu rupanya. maafkan mak cik ye nak,. mak cik tak tahu
aku : tak apa mak cik, saya tidak marah pun :)
mak cik : ok, belajar elok-elok ye nak. jangan main2 masa belajar. Mak cik doakan kau berjaya nak
aku : baiklah. terima kasih mak cik :)

#so, harap korang yang mengalami perkara macam ini janganlah diam diri sahaja ye. beritahu hal sebenar yer. lama kelamaan orang luar akan faham :)

impian si fairy tales :)

 
cantik kan? hihi
erm.. ape ntah aku ni pi letak statement ttg fairy tales..
bukan nak fairy tales sgt.
tp ia mengenai angan2 ku.
bukan nya aku nak jadi pari2 ke,princess ke..
aku dah bersyukur dengan ape yg ade skrang ni (^_^)
ta salah kan kalau seseorang itu mempunyai impian
asalkan ia tidak memudaratkan diri sendiri dan org lain

so, da panjang lebar mukadimah aku ni, ape sbnarnya impian aku?
panjang ke?

boleh tak kalau aku katakan aku na KAYA ?
bukan aku ta bsyukur dgn apa yg aku miliki tp itu semua harta ayah dan ibu ku
aku nak kaya atas usaha sendiri.
 
tapi untuk ape aku jadi kaya??

1.nak tolong keluarga jika dalam kesusahan
jgn jadi selfish, utamakan keluarga dulu
berikan mereka keselesaan,bawak semua ahli keluargaku menunaikan haji yang mabrur. insyaallah.amin

2. ape yg kita na beli tanpa halangan.
ta de la rase cemburu menyebulungi hidupku

3.na bukak bisnes@ perniagaan
yer. if aku ade duit,aku na jadi supplier.
mengikut kos yg aku ambil iaitu Ukur Bahan
lagipun, sorry to say.. perniagaan sekarang banyak diceburi orang cina
so, aku na jd salah sowg anak melayu yg berjaya dalam perniagaan
awal2,bukak la hardware ke atau ape2

4. aku nak bantu  fakir miskin di Malaysia
terutamanya orang islam
ta sggup kekadang tengok mereka yang dalam kesusahan
nak bagi mereka senang sikit,bagi peluang ceburkan diri dalam perniagaan dgn beri mereka modal

5.aku nak bukak sebuah yayasan yg mana selain membantu fakir miskin,
nak bantu anak2 yatim berjaya, pastu bantu orang di malaysia dri segi pembelanjaan dan pembelajaran

6. disebabkan terlampau banyak masjid di negara ini tp kurang orang na pergi ke masjid, maka aku na wujudkan satu pusat islam secara percuma untuk umat islam di negara ini belajar mengenai agama islam dan berdakwah. kerana ilmu fardhu ain dan kifayah itu penting

7. akhir sekali, aku ingin menjadi salah seorang yang berpengaruh di dunia
ini kerana, kebanyakan warga asing yang berjaya berbanding dengan orang islam di muka bumi ini.
dari situ, baru aku dapat harumkan nama Malaysia

pelikkan angan2 ku. tapi adakah ia akan menjadi kenyataan? walwahualam~
hanya Allah s.w.t yg mengetahui
 kita merancang tp Allah s.w.t yg menentukan

ini kerana, bak kata pensyarah aku, setiap ape yg kita lakukan perlulah berduit.
sbb itu aku hendak menjadi kaya

itu lah angan2 ku

Wednesday, 26 September 2012

Impian setiap insan :)

siapa yang ta mahu berkahwin? hahaha. soalan apa yang aku tanya ini
lawak pon ade. srius. semua mahu kahwin. begitu juga aku.

tapi

aku belum ada calon.. masih single. huhuk..
sedih kan? tp aku ta kisah sebab aku tahu Allah s.w.t telah aturkan segalanya.
bila aku layan FACEBOOK , aku tengok ramai kekawan aku sudah kahwin..
tahniah korg! ngeee~
haha
aku?? rilex2, umur pon baru 20 tahun dak fikir semua tu.
blajar dulu, sampe dpt degree, pastu kerja, pastu baru fikir semua tu (brape banyak pastu la)
wait! aku macam kenal ayat tu. tu la ayat yg dikatakan ibu ku.
hihi
baiklah ibu. akak ta kesah pun.
akak tahu akan tanggungjawab akak sebagai anak sulung kepada adik2 akak.
yerp! wahai adik2 ku Farhan n Farisah, akak tak akan lupekan tanggungjawab akk.Insyaallah.Amin
Mudah-mudahan..
tapi aku ni suka sangat VERANGAN!!
haha.. senget.
ala2 HACKS la..
but ini kenyataan & realiti.

*dalam verangan ni, macam2 aku inginkan bila saat na khwin

1. time wedding 
 

pssstt: kat cermin uh aku na letak gambar aku n si dia :)
pelamin. aku na yg simple but elegen, kemas n ta sarat sgt. kalau boleh aku nak ade bunga2 hidup. biar semua tetamu bau akan keharumannya. pasal wrna aku tak kesah sgt. depends pd my hubby
defuk~ cewah! hahaha..
tapi kalau ley aku ta mahu warna yg terang sgt. kalau boleh warna seperti warna coklat. wah! classic uh. hihi

2.baju wedding

hihi. aku na style mcm ni. macam ala2 arab cikit. pas uh ta ketat sgt.
sweet nyer. rona warna pon still na yang lembut2 but mesti elegen.
tak pun yang ini
 
mesti korang kenal kan. aku suke gile ngn warna baju ni serta coraknya
ia songket. banyak pengantin ta mau pakai songket lagi. katanya ketinggalan zaman.
tp bagi aku tidak. kena pandai pilih la. chantek (o_0)
hihi

itu bab, wedding la. klakar bunyi nye kan,
lepas kahwin kalau boleh nak duduk uma sendiri.. ta mau duduk ngn famli sebab ta mau susa2 kan keluarga lagi.. na hidup berdikari. hihi

3. rumah saya dan dia
 
 hihi. nak rumah cam ni boleh?? hihi. ta kesah pon. yang penting selesa dan muat utk kita n keluarga kita.
hihi. klakar kan. poyo lebih.

itu la takat impian aku. yang lebih akan difikirkan. 
KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN.
mudah2 an kamu memahami saya. 
im not a perfect person. just simple, kuat merajok, ambil serius sesuatu pekara n ta cerewet :)
 
 

Berkawan biar beribu, berkasih biar satu :)

alhamdulillah, aku bersyukur sgt kerana Allah memberi ku peluang untuk hidup di muka bumi ini.
sesungguhnya manusia susah untuk bepuas hati dengan ape yg mereka lakukan.
berkasih??
yup.. aku like statement "berkawan biar beribu, berkasih biar satu"
 
berkasih tu aku tolak tepi dulu.. ta mahu pikir.. bagi aku, bakal suami aku lah kekasih hati ku yg abadi..
yelah, kalau bercinta sakan, kalau dia bukan jodoh kita, kita tidak boleh menentang..
so, biarlah ia menjadi rahsia Allah s.w.t. Kita sebagai umatnya mendoakan agar mendapat pasangan (suami/isteri) yang boleh memimbing kita ke jalan yg diredhai Allah s.w.t
 sememangnya aku memang menginginkan seorang suami yang boleh menerima keadaan aku sebenarnya, yg boleh menerima baik,buruk diri ku serta dapat membimbing ku menjadi isteri yang solehah. Insyaallah. Amin

untuk korang yang sedang bercinta, sebaik2 nya jujurlah dengan pasangan kamu. jika tidak mencintainya, lepaskan lah..
jgn permainkan perasaan mereka.. bagai nak rak mereka mempercayai kamu akan tetapi kamu...
jgnlah berkasih atas sebab terpaksa, kesian, mengambil kesempatan dan banyak lagi..
berkasih la sepenuh hatimu..
sesungguhnya perit apabila hati kita dipermainkan. ambil masa untuk kembali senyum 
ceh! da macam tajuk lagu la pulak :)
untuk entri sebelum ini, aku adeb berkongsi mengenai cara na mengatasi perpisahan.. yer, kaum hawa sekalian.. jgnlah cepat putus asa dan lemah.. kuatkan semangat. yakin bahawa Allah s.w.t telah menentukan jodoh yang baik untuk kita..
dan untuk sesape yag telah memainkan perasaan kaum hawa, berubahlah.. berhentilah memainkan perasaan wanita..