Thursday, 2 August 2012

Just Fun !

Annyeong! hehe. ok lah. aku & adik aku, Ecah minat gila dengan lagu korea ni! rentak rancak dan enjoy sangat! hihi. kami siap tiru gerak tarian wonder girl ni! hehe..

 Layan la
Wonder Girl - Dj is mine


Lirik lagu =)

[Yenny] He is mine
I'm the only thing
On his mind
He thinks about me all the time
He got my love on rewind

[SoHee]Nobody treats him like I do
There's no party if I'm not in the booth
My sound keeps his heart in tune like
Badadadadadadum

He loves me
And I love him too
He plays me all the night through
Keeps me spinning and grinning
I'm winning him over from you
Singing lalalalalala

[Lim] Everyday
Lalalala
He sings with me
Lalalala
He knows me he holds me from intro to fade

[SunYe] Cuz the DJ is mine
And girl you're wasting your time
He only
Rocks to my music
He loves the way I do it
All night the dj is mine
(My baby my baby
The DJ is mine)
He only
Rocks to my music
He loves the way I do it
All night the DJ is mine

[SoHee] Girl please
Don't you even try
My baby keeps me by his side
Even though you keep giving him the eye
He don't even notice

[Lim] Everyday
Lalalala
He sings with me
Lalalala
He knows me he holds me from intro to fade
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/w/wonder_girls/the_dj_is_mine.html ]
[SunYe] Cuz the DJ is mine
And girl you're wasting your time
He only
Rocks to my music
He loves the way I do it all night
(One Two Three Four )
Cuz the DJ is mine
And girl you're wasting your time
He only
Rocks to my music
He loves the way I do it all night
The DJ is mine

[YooBin] I'm what he's listening to
I'm blastin through his headphones
It's me he fallin in love with
Yea I got his head gone
He can't even answer the phone
My music keeps turning him on
Ah on and on and,
Ah ah on and on and on,
He say she say I say I own the dj
I stay at the top of his charts
I am the air play
Flyer than airplanes
I know you hear me
In case you didn't let let me reiterate
Let me re
Let me re
Let me reiterate

[Yenny]He is mine
I'm the only thing
On his mind
He thinks about me all the time
He got my love on rewind

[SunYe] Cuz the DJ is mine
And girl you're wasting your time
He only
Rocks to my music
He loves the way I do it all night
(One Two Three Four )
Cuz the DJ is mine
And girl you're wasting your time
He only
Rocks to my music
He loves the way I do it all night
The DJ is mine

The DJ is mine

He only
Rocks to my music
He loves the way I do it all night
The DJ is mine

Kisah Aku ( Bahagian III )

Ni lah sambungan cerita dari Kisah Aku ( Bahagian I & II ) 
kali ni, aku nak bercerita tentang kawan-kawan ku di PSAS.
 aku rasa bertuah kerana dapat rakan sekelas yang baik,merendah diri, kuat berjenaka dan ada sikap mahu belajar! kami sekelas sentiasa bersama mengharungi suka duka ketika berada di PSAS. 
pada hari pertama aku memasuki kelas, aku tidak kenal sesiapa pun. padahal rakan sekelas aku yang lain semua sudah mengenali antara satu sama lain semasa minggu suai kenal. 
dalam hati kecil ku berkata! TA PERLU TAKUT!! dan terus aku berkenalan dengan Noor Azizah (Jijah) dan sehingga kini menjadi sahabatku yang duduk bersebelahan. hehe. kita orang boleh dikatakan mempunyai Chemistry! hehe. yang paling penting! kuat gelak!!kalau kita orang gelak. satu kelas boleh terkejut beruk!

 
yang tudung putih tu Jijah =) 

ingat lagi pada satu hari ini, kitaorang tengah bosan, rakan sekelas kebanyakan nya da terlelap sebab masa tu adalah matapelajaran OSHA! serius ngantok! lecturer aku lak baik giler & sporting! 
pastu kitaorang buat dajal! kacau kekawan yang tengah mengelamun! haha. memang giler! pastu aku & Jijah terkuat gelak gila-gila! kuat sangat dan mengejutkan kekawan yang lain yang sedang lena! haha. memang kelakar masa tu.

ni la rakan sekelas ku. sweet oren kan! hehe. 

yang paling kami sekelas bersyukur sehingga sekarang adalah kami sekelas setakat ni semuanya lepas final exam dan tiada yang carry module! alhamdulillah. kami ta ramai mana pun, cuma 28 orang sahaja dan cita-cita kami ingin menjadi JURUKUR BAHAN, bukan main-main.
apapun, aku memang sayang korang sangat2

yang tengah-2 tu ialah pensyarah kami merangkap penasihat akademik kami sekelas

En. Fitri memang seorang yang baik hati!apa yang kami adakan, dia akan join dan amat membantu kami sekelas tatkala susah ataupun senang. dia selalu beri kami nasihat, dah macam abang dan adik! hehe


makcik yang kiut miut ni adalah sahabat baikku! aku memang rapat dengan dia sejak kami tinggal bersama di rumah sewa dan kami sebilik. dia amat memahami aku. sentiasa ceria & merendah diri.dia memang terbaik dan sentiasa tabah setiap kali ditimpa masalah . Luv u Nisah <3



yang dua gambar kat atas tu adalah sahabat yang paling rapat dengan aku. Nisa, Ain & Bella. semuanya orang Perak. ade Taiping,Ipoh & Bagan Serai. dia orang ni semua pandai bergambar! cantik & ayu serta manis! diaorang memang baik. kitaorang jarang balik kampung time cuti. macam2 kiteorang wat! kitaorag selalu masak! pastu tengok tb bersama! haha. dia orang semua selalu ketawa sebab aku ni jenis emo kalau tengok movie tapi story & ending cerita tu tak best! haha

ni la cerita aku sepanjang berada di PSAS! memang best :)

Kisah Aku ( Bahagian II )

ok. ini adalah sambungan cerita aku dari Kisah Aku ( Bahagian I )..
setelah aku berpindah dari Politeknik Kota Bharu, aku pun mendaftarkan diri ke Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)..
perasaan aku diwaktu itu diselebungi dengan perasaan gembira, takut serta gementar..
aku tatkala itu perbanyakan berdoa kepada Allah s.w.t supaya permudahankan pembelajaran serta persahabatan aku di Politeknik Sultan Azlan Shah ini.
disebabkan Melaka ke Tanjung Malim, Perak tidak berapa jauh. maka kami sekeluarga pergi ke PSAS pada tarikh pendaftaran. tapi aku bertuah kerana terdapat saudara mara keluargaku tinggal disana. jadi, tiada masalah jika aku pergi ke rumah mereka jika memerlukan.
kemudian kami sekelurga pon bertolak ke Tanjung Malim dan sampai dalam lebih kurang pukul 9 pagi..

inilah PSAS. aku seronok sangat sebab tempatnya amat mendamaikan kerana berada di atas bukit! 
fuhh!~ memang penat nak mendaki. kemudian aku pun terus mendaftarkan diri sebagai pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam yang mengambil jurusan Diploma Ukur Bahan. alangkah seronoknya ialah aku tidak perlu menjalani minggu orentasi kerana aku pernah menjalani di PKB dulu.. 
setelah aku mendaftar diri, aku pun pergi ke asrama untuk mendaftar masuk. pada masa itu, fikiran aku hanya berkata bahawa aku akan diletakkan di tingkat paling atas kerana pelajar yang menjalani minggu orentasi telah seminggu mendaftar masuk!

huh~ ternyata andaianku adalah salah belaka kerana aku mendapat bilik di bahagian bawah sekali! hihi.
blog asrama aku adalah V1-014.. hihi.kemudian kami pun terus pergi mencari bilik tersebut..
psst : hihi. maaf lah sebab gambar ni diambil setelah semua barang-barang dikemaskan

inilah bilik aku. masa aku masuk ke dalam bilik. bilik ini tiada orang tetapi hanya ada barang-barang yang belum dikemaskan. kemudian, keluargaku terus membantuku mengemaskan barang sikit-sikit. kemudian tidak lama kemudian, pintu bilikku diketuk. agaknya siapakah gerangan  teman sebilikku?


 inilah orangnya. tapi yang mana satu? ok, yang berbaju pink,bertudung hitam itu lah teman sebilikku. nama dia kak Yun. hihi. dia kira senior aku sebab dia berada di semester 5 Diploma Akauntansi masa tu! hehe. bagi aku, aku beruntung serta bersyukur kerana sebilik dengan dia. Dia baik hati,cantik,pemurah,penyayang dan merendah diri! memang terbaik! dia juga kakak angkat aku sampai sekarang..
dia memang ambil berat tentang aku. setiap kali jika ada aktiviti asrama dia mesti pergi dengan aku.
tak pernah tinggalkan aku. selalunya kalau kita orang tak balik kampung, kami selalu pergi pasar malam di Tanjung Malim bersama-sama dengan kak seha, kak yana dan kak chi. macam-macam kita orang beli. hihi. macam orang tak cukup makan. haha. lepas tu kita orang longgokkan makanan & makan bersama. memang riuh dibuatnya~ (rindu lak masa itu!)
lepas je makan, macam-macam kita orang buat seperti bergosip la,tengok movie dan macam-2 lagi
kak yun dan kakak2 yang lain memang sporting, dia selalu bagi aku advice supaya jangan jadi lemah. hehe. sejak aku masuk PSAS, aku tak pernah menangis, jarang balik Melaka. memang seronok. kat blok aku ni semuanya akak2 senior, aku seorang je junior sebab aku masuk lewat. kat situ semua gelar aku sebagai 'Adik'! hihi. pastu macam2 best sebab selalunya kiteorang kat blok ni tak payah nak join aktiviti. Just jaga budak junior je. hehe~

itu lah cerita aku ketika di asrama. nantikan sambungannya.. hihi



Tuesday, 31 July 2012

Kisah aku ( Bahagian I )


seperti yang dikatakan oleh mutiara kata itu, memang benar. kalau ada peluang didepan mata, jangan kita toleh ke belakang. kita sambar je, ia mungkin akan mengubah hidup atau masa depan kita...

itu yang terjadi pada diriku. pada tahun 2010, aku dapat tawaran belajar. Antaranya ialah interior design dari UITM.. tapi keluarga tidak bersetuju aku mengambil jurusan tersebut. aku ikut nasihat ibu dan ayah.
kemudian, aku mendapat tawaran belajar ke Politeknik Kota Bharu, Kelantan(PKB).
Aduhai.. Jauhnye.. tapi ibu dan ayah setuju jika aku mengambil jurusan itu iaitu Diploma Ukur Bahan. 
lagipun aku ada pengetahuan dan kemahiran kerana semasa di sekolah menengah aku mengambil aliran Lukisan Kejuruteraan

Aku pun tidak berapa kisah tapi aku jauhnya. 3 tahun pula. aku pun mengambil keputusan untuk pergi.
Jadi keluarga aku pon menghantar aku ke sana. selama 4 hari kami disana dan tidur di hotel berdekatan dengan Kota Bharu.. ibu aku mengajar aku cara-cara nak hidup disana.
ibu aku ajar cara aku hendak balik naik bas,nak beli barang dan macam-macam lagi..
sedih hati aku kerana akan berjauhan dengan keluarga aku

 sempat juga kami sekeluarga berjalan-jalan tapi aku lansung tidak ceria. sedih kerana akan berpisah dengan mereka, aku sebelum ini lansung tidak pernah berpisah dengan mereka..

Kemudian, hari pendaftaran ke PKB pun bermula. 
mereka menghantar aku dengan gembira. Tapi perasaan aku mahu menangis..
selepas mendaftar diri, kami pun pergi check in kat dalam asrama. semasa masuk sahaja ke dalam bilik, sudah ada orang di dalam bilik tersebut. kami sekeluarga pun berkenalan dengan keluarga rakan sebilik aku. dalam sebuah bilik hanya terdapat 2 orang pelajar sahaja. setelah itu, keluarga aku pun mahu pulang ke Melaka semula. menangis aku. iyelah, aku seorang disini, tanpa ada saudara mara..

hari-hari aku di PKB dirundang kesedihan. Setiap malam aku menangis, mana tidaknya. teman sebilik aku menangis mahu pulang.. aku cuba pujuk,tak pasal-pasal dengan aku pun menangis. HUH! .

selama aku belajar disana, hampir setiap minggu aku pulang ke Melaka melainkan jika ada aktiviti yang tidak membenarkan ku pulang.. bayangkan, jarak antara PKB ke Kota Bharu adalah 24 KM. memang jauh. aku selalu naik teksi untuk ke stesen bas. harga tambang adalah sebanyak RM30.00 . 
memang mahal tapi aku sanggup untuk bertemu keluarga tercinta.

setelah sampai ke stesen bas Transnasional, aku pun membeli tiket ke Melaka . harga tambang RM58.00 . memang mahal dan bas bertolak pada pukul 8malam.. terpaksa aku menunggu disana. 
Kemudian waktunya tiba, aku pun naik. aku berada dalam bas selama 12jam kerana, bas bertolak dari Kelantan pukul 8 malam dan sampai ke Melaka pukul 8 pagi. memang lama..

itu lah yang aku ulang setiap minggu selama 3bulan. duit bukan halangan, yang penting bertemu dengan keluarga tercinta..
sehinggalah satu hari itu,aku menyatakan hasrat untuk pindah poli.. keluarga aku mulanya tidak setuju kerana setahu mereka, jurusan yang aku ambil ini hanya ada di Sabah dan Kedah sahaja. tapi aku tetap dengan keputusan..

keluarga aku musykil dengan tindakan aku. Mereka pun selidik. memang ade sesuatu yang aku rahsia kan dari pengetahuan mereka.. aku memang tidak gembira disana kerana mempunyai krisis dengan rakan sebilik serta sikap sesetengah student dari kelantan yang bersikap perkauman.. 

Kemudian, apabila keluarga aku dan aku datang untuk mengambil pakaian dan barang2 serta menukarkan ku poli, alangkah terkejutnya mereka melihat keadaan bilik aku yang bersepah. serupa macam sarang tikus. dinding berconteng. pakaian aku bersepah. almari ku diselongkar dan banyak lagi.

ibu aku membuat aduan kepada warden asrama tentang keadaan bilikku. warden pun pergi wat tinjauan. dian pun terkejut. dia tidak mahu aku pindah poli kerana takut kami perbesarkan hal ini lagipun final exam akan berlansung dalam masa 3minggu lagi. tetapi aku sudah tidak tahan.. kemudian kami ke unit hal ehwal pelajar dan menyatakan hasrat untuk berpindah.. penasihat akademik aku terperanjat kerana dia tahu aku adalah pelajar yang baik. kemudian kami pun menceritakan hal sebenar berserta bukti.

Akhirnya, dia bersetuju dan membenarkan ku tukar poli.. Apabila ditanya aku mahu pindah poli mana, aku tidak tahu. kemudian Ketua Hal Ehwal Pelajar iaitu En. Azmi menyatakan jurusan aku terdapat di Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak( PSAS). alangkah gembira nya aku serta keluarga ku. dan aku pun bersetuju tetapi aku terpaksa mengulang semester 1 aku disana kerana jurusan diploma ukur bahan masih baru lagi disana. tidak mengapa lah, yang penting aku belajar.. aku pon bersetuju..
En. Azmi kesal dengan apa yang berlaku terhadapku dan meminta maaf kepada ibuku dan berharap tidak memperbesarkan hal ini. dan dia berkata akan mendenda rakan sebilik ku serta rakan-rakannya..

jadi, aku  dan keluarga pun meninggalkan PKB. kemudian aku akan mendaftar di PSAS pada bulan Disember 2010. Harapan aku masa itu agar aku mendapat rakan-rakan serta teman sebilik yang baik.

(tunggu sambungan cerita ini...)
 

Menuntut ilmu

alhamdulillah. aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberiku peluang untuk menyambung belajar dan menuntut ilmu.
sememangnya menuntut ilmu itu penting.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره) 
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
berikut adalah merupakan petikan hadis yang menyatakan ilmu itu penting & wajib untuk semua umat islam untuk menuntut limu. 

Monday, 30 July 2012

Fikir sejenak . . .

alhamdulillah.. syukur ke hadrat illahi krn telah memberi hamba-Mu ini berpuasa dsmping keluarga trcinta serta menjalani ibadah brpuasa ini bersama.. syukur..
masok hari ni, sudah 10hari seluruh umat islam di Malaysia telah berpuasa . sungguh pantas masa berlalu. maka makin dekat kita dengan kematian.Ajal,jodoh,maut semua dtangan Yang Maha Berkuasa.
kte sebagai umat-Nya perlu menambah kn pahala,dekat kan diri dengan Allah s.w.t.
kte sesama manusia ta salah kan untuk ingat mengingati . maka,apa yg ku coretkan ini juga untuk peringat pada diri ku. Kita memang tidak tahu bila kita akan meninggal dunia.. tapi,aku ingin membalas jasa kedua bapa ku dulu,jika diizinkan-Nya. Insyaallah.. aku ingin menggembirakan ibu ku yg telah byk berkorban demi ku. aku bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yg amat prihatin,tabah,dan sayang kami adik beradik. ta mampu aku ungkapkan btapa besarnya pengorbanan ibu ku terhadap kami adik beradik. sebelum aku menemui ajal ku, aku ingin menggembira kan hati ibu aku! ya,ibu aku!aku amat menyayangi ibu ku. kemudian aku nak tengok adik2 ku gembira dan berjaya. hidup sekarang bukan senang. kita kena dan perlu serta wajib berilmu.jgn jdi kan kesusahan sbgai penghalang yer..
aku tahu, menjadi ank sulung memang mencabar. dimana adik2 ku masih lagi belajar. malahan aku pun sedang belajar!sekarang ini umurku baru nak mencecah 20 tahun apabila Disember 2012 ini. walaupun masih muda,aku na pastikan keluarga aku sentiasa bahagia =)

Wednesday, 25 July 2012

Takdir itu MILIK AKU . .

Salam.. korang suma ape kbr? hope korg sume sihat tatkala mnjalani ibadah puasa ini.
Hope, adik2 atau sesape saja yg ptama kali ingin brpuasa, dharap terus TABAH ye =)
k, la . . tatkala ak busan2 ta da wt ape2 kje sgt . ak pon mula la ngn minat ak ngn membaca novel..
memang seronok.. ak bgai berada ditempat di dalam cerita yg ku baca..
mmg mndalami.. ak psti ramai yg mint membaca novel kn
ak bru ja abes kan membaca novel ini =)
 ni la novel yg ak baca, TAKDIR ITU MILIK AKU.. 

mmg seronok membaca novel ni.. ak pon trut bsedih, ketawa n gembira apabila mendalami novel sebyk 1055 mukasurat ni.. mmg berbaloi korg baca krana jlan cerita yg menarik dan ending yg bahagie =)
bg sesiapa yg na bli, harga nya pon brpatutan.. hanya RM33.90 sja.. crta ini mngisahkan kisah hidup suka, duka, gelak , tawa n pelbagai dugaan yg Dian Zara serta Zarif Adha lalui untuk mengecp kebhagian bersama..
mmg best! baca la korg.. ak bagi 5 bintg kt penulis novel ni, Siti Rosmizah kerana mnghasilkan novel yg bgus! tahniah ak ucpkan!